Saturday, September 11, 2010

RM50 SEBULAN

Saya ingin mempelawa kepada semua warga finisar untuk sama-sama menabung sebanyak RM50 sebulan. Tujuan tabung ini diadakan untuk menyenangkan sebarang aktiviti yang akan dianjurkan. Tidaklah kita kelam kabut mencari duit apabila tiba masa aktiviti dijalan.

Saya juga mempunyai beberapa idea untuk hasilkan wang tambahan dari tabung tersebut dengan zero risk. Setiap keuntungan dari tabung ini tidak akan diagihkan kepada ahli, dengan kata lain duit keuntungan hanya digunakan untuk aktiviti memancing sahaja atau sebarang majlis yang kita anjurkan bersama. Ahli jugak boleh keluarkan duit bila-bila masa  jikalau sudah tidak berminat dengan konsep tabung ini. Cuma digalakkan setiap bulan kita membuat caruman sebanyak RM50.

Jika sesuatu aktiviti dijalankan, hanya duit pencarum yang mengikuti aktiviti tersebut sahaja akan digunakan. Duit caruman dari ahli yang tidak ikut serta tidak akan disentuh walau 1 sen pun.

Semua aktiviti keluar masuk duit akan dipamirkan setiap bulan dan akan diaudit oleh ahli yang kita akan lantik kelak. Dan juga setiap ahli amat dialu-alukan memberi sebarang idea untuk memaju dan menjayakan lagi  club kita.

sekian

No comments:

Post a Comment