Saturday, September 11, 2010

Mencandat sotong di Kelantan

Baru-baru ini kami telah berjaya dalam misi mencandat sotong di kelantan. Walaupun penat tapi bila tengok hasil yang "AMAT" lumayan, penat lelah kami hilang begitu sahaja. Dan yang paling menarik, semua Warga Finisar yang menyertai expedisi ini langsung tak mempunyai pengalaman mencandat sotong. Apa lagi siap kena marah  dengan tekong sebab tak bawa dawai untuk ikat umpan.

Beberapa peristiwa yang lucu telah berlaku dalam perjalanan pergi balik, tetapi yang penting kami selamat semuanya.

peristiwa 1:
Farul selaku drebar ke-2 telah di"tangkap" kerana memandu dengan lesen yang telah lama tamat tarikh. Dan biasalah dengan lagak heronya.. dia "terlepas" dengan hukuman yang minima ..ehem ehem biasa laa pak polisikan.

peristiwa 2:
Van yang disewa dari saudara Abadi telah menyebabkan drebar sakit tengkuk kerana semua ukuran dan setting van tersebut hanyalah sesuai untuk Tuan Van sahaja. Drebar terpaksa  duduk didalam van tersebut ala duduk dalam kereta F1.
- lampu tinggi/high beam macam tak cukup tingginya
- sun proof kat cermin depan menyebabkan drebar tak nampak bila drive sebelah malam...mata pun naik juling
- nak isi minyak tetapi tak tahu lobang nak masukkan minyak, jadi terpaksalaa berhenti dan buat-buat pam angin dulu semata-mata nak usha walaupun pam hanya 1 tayar sahaja.


peristiwa 3:
Semua member yang pergi dengan secara rasminya adalah peminat BUDU ASLI, kerana kelaparan budu menjadi kuah yang paling enak dan sambutan adalah diluar jangkaan orang kelantan sendiri, terutama sedara Balan... bravo


peristiwa 4:
Van yang ownernya kata tunggu masa untuk di convert ke Alpard telah mendahului sepanjang perjalanan pergi dan balik walaupun terpaksa berhenti di atas bukit kerana kehabisan minyak hitam.. macam masuk pitstop  F1 gitu...tabik aku

peristiwa 5:
menangkap ikan yang pada awalnya disangkakan ikan yu tetapi bila di naikkan rupanya ikan yang telah disumpah oleh nelayan dimana terdapat kesan tapak selipar jepun diatas kepalanya. Difahamkan nelayan yang pertama menangkap ikan ini tidak tahan dengan kekuatan ikan tersebut dan apabila dinaikkan, beliau terus menghempuk kepala ikan tersebut dengan selipar jepun sehinggakan tanda tesebut di warisi oleh cucu cicit ikan tersebut. Sehingga sekarang lah ikan-ikan ini mengganggu ketenteraman nelayan disebabkan wasiat datuknya supaya mencari nelayan tersebut.

peristiwa 6:
Balan tertinggal masa nak berangkat, drebar ingatkan semua dah masuk rupanya hampeh.. macamana balan ilang kan diri tak tahu laa.. tiba-tiba ada call masuk, bagitahu balan tertinggal..naya betul...kalau laa masa perasan tu kat Grik.. habis laa kena sumpah kat balan.. aku tak tahu..aku drebar saja

peristiwa 7:
aku kena marah dengan tekong sebab tak tarik naik pancing aku bila sotong dah makan umpan.. dah laa 1st time  candat sotong, mana laa aku tahu camana cara sotong makan.. kalau ikan ada gak tarikkannya... tapi sotong ni lain..dia makan senyap-senyap saja.. mungkin dia ada tangan banyak kot.. pakai sudu garpu... makan beradab gitu... Apa tak kena marahnya.. bila diangkat.. umpan dah separuh ilang..malu aku..

peristiwa 8:
aku tidur malam tu, pancing kejap aje.. dah laa aku berdengkur kuat.. si balan tu siap ambil gambar aku lagi.. tak gunaaaaaa, kempunan aku nak candat sotong sampai sebakul. Tak apa.. sekali lagi aku akan pastikan aku tak tidur malam dan pastikan camera balan rosak masa aku tidur nanti..hahaha



KAMI AKAN KE SANA LAGI TAHUN DEPAN.. TUNGGUUUUUU

on the way nak balik ipoh.. aduss sakit belakang aku bawa van ni.. kat tempat paling tinggi di jalan timur-barat


aku tengah fikir ni...sapa yang tolong ambil pic ni.. sebab kami memang ke sana 7 orang saja




fawaz - ex finisar, hijrah ke MEMC

farul - kali pertama ikut kami - pun nak berhijrah ke MEMC
amacam boss - cuti banyak lagi ke.. bini pun dah selamat bersalin
memang takleh lawan sotong ni.. panjangggg
macho laa konon...






















 
musim ikan merah.. memang banyak




















hasil kami semua - hebat hebat



pelarian jepun mana lak ni...hanyut kat laut

siang hari - pancing ikan merah.. memang banyak, sekali naik 3-4 ekor


pakaian seragam aku.. baju tu baju lean finisar












No comments:

Post a Comment