Monday, September 13, 2010

Gambar atau Video

Sesiapa dikalangan warga Finisar yang masih menyimpan sebarang info dalam bentuk gambar atau video, emailkan pada azmi untuk di load dalam blog ini.

1. pulau jarak - dengan kisah ombak besar
2. pulau langkawi - pulau kentut kecil
   dengan kisah tak puas hati tak sempat mandi
   dengan kisah naik van macam pelarian
3.tanjung antu - dengan kisah bawa periuk nasi, masak 3 rasa.
4.teluk batik - dengan kisah memukat
5.teluk rubiah - dengan kisah khemah bergerak sendiri dan sate sponsor
6.sebarang aktiviti lain -
 - termasuklah empangan
 - sungai itik
 - tangkap ikan antu
 - kolam waknam & kolam kat rumah jaff tu.. aku pun tak ingat nama, pun kita masukkan sekali

Saturday, September 11, 2010

Mencandat sotong di Kelantan

Baru-baru ini kami telah berjaya dalam misi mencandat sotong di kelantan. Walaupun penat tapi bila tengok hasil yang "AMAT" lumayan, penat lelah kami hilang begitu sahaja. Dan yang paling menarik, semua Warga Finisar yang menyertai expedisi ini langsung tak mempunyai pengalaman mencandat sotong. Apa lagi siap kena marah  dengan tekong sebab tak bawa dawai untuk ikat umpan.

Beberapa peristiwa yang lucu telah berlaku dalam perjalanan pergi balik, tetapi yang penting kami selamat semuanya.

peristiwa 1:
Farul selaku drebar ke-2 telah di"tangkap" kerana memandu dengan lesen yang telah lama tamat tarikh. Dan biasalah dengan lagak heronya.. dia "terlepas" dengan hukuman yang minima ..ehem ehem biasa laa pak polisikan.

peristiwa 2:
Van yang disewa dari saudara Abadi telah menyebabkan drebar sakit tengkuk kerana semua ukuran dan setting van tersebut hanyalah sesuai untuk Tuan Van sahaja. Drebar terpaksa  duduk didalam van tersebut ala duduk dalam kereta F1.
- lampu tinggi/high beam macam tak cukup tingginya
- sun proof kat cermin depan menyebabkan drebar tak nampak bila drive sebelah malam...mata pun naik juling
- nak isi minyak tetapi tak tahu lobang nak masukkan minyak, jadi terpaksalaa berhenti dan buat-buat pam angin dulu semata-mata nak usha walaupun pam hanya 1 tayar sahaja.


peristiwa 3:
Semua member yang pergi dengan secara rasminya adalah peminat BUDU ASLI, kerana kelaparan budu menjadi kuah yang paling enak dan sambutan adalah diluar jangkaan orang kelantan sendiri, terutama sedara Balan... bravo


peristiwa 4:
Van yang ownernya kata tunggu masa untuk di convert ke Alpard telah mendahului sepanjang perjalanan pergi dan balik walaupun terpaksa berhenti di atas bukit kerana kehabisan minyak hitam.. macam masuk pitstop  F1 gitu...tabik aku

peristiwa 5:
menangkap ikan yang pada awalnya disangkakan ikan yu tetapi bila di naikkan rupanya ikan yang telah disumpah oleh nelayan dimana terdapat kesan tapak selipar jepun diatas kepalanya. Difahamkan nelayan yang pertama menangkap ikan ini tidak tahan dengan kekuatan ikan tersebut dan apabila dinaikkan, beliau terus menghempuk kepala ikan tersebut dengan selipar jepun sehinggakan tanda tesebut di warisi oleh cucu cicit ikan tersebut. Sehingga sekarang lah ikan-ikan ini mengganggu ketenteraman nelayan disebabkan wasiat datuknya supaya mencari nelayan tersebut.

peristiwa 6:
Balan tertinggal masa nak berangkat, drebar ingatkan semua dah masuk rupanya hampeh.. macamana balan ilang kan diri tak tahu laa.. tiba-tiba ada call masuk, bagitahu balan tertinggal..naya betul...kalau laa masa perasan tu kat Grik.. habis laa kena sumpah kat balan.. aku tak tahu..aku drebar saja

peristiwa 7:
aku kena marah dengan tekong sebab tak tarik naik pancing aku bila sotong dah makan umpan.. dah laa 1st time  candat sotong, mana laa aku tahu camana cara sotong makan.. kalau ikan ada gak tarikkannya... tapi sotong ni lain..dia makan senyap-senyap saja.. mungkin dia ada tangan banyak kot.. pakai sudu garpu... makan beradab gitu... Apa tak kena marahnya.. bila diangkat.. umpan dah separuh ilang..malu aku..

peristiwa 8:
aku tidur malam tu, pancing kejap aje.. dah laa aku berdengkur kuat.. si balan tu siap ambil gambar aku lagi.. tak gunaaaaaa, kempunan aku nak candat sotong sampai sebakul. Tak apa.. sekali lagi aku akan pastikan aku tak tidur malam dan pastikan camera balan rosak masa aku tidur nanti..hahaha



KAMI AKAN KE SANA LAGI TAHUN DEPAN.. TUNGGUUUUUU

on the way nak balik ipoh.. aduss sakit belakang aku bawa van ni.. kat tempat paling tinggi di jalan timur-barat


aku tengah fikir ni...sapa yang tolong ambil pic ni.. sebab kami memang ke sana 7 orang saja




fawaz - ex finisar, hijrah ke MEMC

farul - kali pertama ikut kami - pun nak berhijrah ke MEMC
amacam boss - cuti banyak lagi ke.. bini pun dah selamat bersalin
memang takleh lawan sotong ni.. panjangggg
macho laa konon...






















 
musim ikan merah.. memang banyak




















hasil kami semua - hebat hebat



pelarian jepun mana lak ni...hanyut kat laut

siang hari - pancing ikan merah.. memang banyak, sekali naik 3-4 ekor


pakaian seragam aku.. baju tu baju lean finisar












RM50 SEBULAN

Saya ingin mempelawa kepada semua warga finisar untuk sama-sama menabung sebanyak RM50 sebulan. Tujuan tabung ini diadakan untuk menyenangkan sebarang aktiviti yang akan dianjurkan. Tidaklah kita kelam kabut mencari duit apabila tiba masa aktiviti dijalan.

Saya juga mempunyai beberapa idea untuk hasilkan wang tambahan dari tabung tersebut dengan zero risk. Setiap keuntungan dari tabung ini tidak akan diagihkan kepada ahli, dengan kata lain duit keuntungan hanya digunakan untuk aktiviti memancing sahaja atau sebarang majlis yang kita anjurkan bersama. Ahli jugak boleh keluarkan duit bila-bila masa  jikalau sudah tidak berminat dengan konsep tabung ini. Cuma digalakkan setiap bulan kita membuat caruman sebanyak RM50.

Jika sesuatu aktiviti dijalankan, hanya duit pencarum yang mengikuti aktiviti tersebut sahaja akan digunakan. Duit caruman dari ahli yang tidak ikut serta tidak akan disentuh walau 1 sen pun.

Semua aktiviti keluar masuk duit akan dipamirkan setiap bulan dan akan diaudit oleh ahli yang kita akan lantik kelak. Dan juga setiap ahli amat dialu-alukan memberi sebarang idea untuk memaju dan menjayakan lagi  club kita.

sekian

Friday, September 10, 2010

Kenangan trip ke pulau 9

bersama dengan rakan rakan ke pulau 9

Selamat datang ke FINISAR FISHING CLUB

Tujuan club ini ditubuhkan untuk mengumpul semua warga finisar dan juga bekas warga finisar untuk bersama-sama memeriahkan club memancing finisar.

Semua warga finisar amat dialu-alukan menjadi ahli. Semoga semua ahli dapat menyumbangkan sebarang idea yang bernas,  gambar atau video sebarang aktiviti memancing, sebarang informasi yang berguna  dan sebagainya.

Semoga kita dapat berforum dengan penuh keceriaan dan gunakan forum ini sebaik mungkin untuk kebaikan kita bersama

SELAMAT BERFORUM